SMK Sungai Damit dilaksanakan sejak tahun 1983 yang diusahakan oleh Tuan Haji Sipil bin
Wakar,selaku guru besar SK Sungai Damit ketika itu.Antara faktor sekolah ini ditubuhkan adalah disebabkan sekolah menengah berhampiran tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah,jarak ke sekolah yang jauh,kos perbelanjaan yang tinggi dan sering berlaku pergaduhan di antara pelajar dari SK Sungai Damit dengan pelajar dari SMK Badin.
Pemohonan sekolah baru ini iaitu SMK Sungai Damit dari pihak PIBG sekolah kepada
Jabatan Pelajaran Negeri oleh Tuan Haji Sipil bin Wakar.Sekolah ini terletak kira-kira 13 kilometer dari Pekan Tuaran dan 8 kilometer dari Pekan Tamparuli,Sabah.Sekolah ini mula beroperasi pada 22 Jun 1993 dengan bilangan pelajar Tingkatan 1 seramai 60 orang.Bangunannya terdiri daripada 2 buah konkrit dan seluas 4 ekar.Sehingga kini bilangan pelajarnya adalah 470 orang.
No comments:
Post a Comment