Saturday, 14 July 2012

Hari Pelanggan & Keluarga 2012



Seluruh Malaysia ada buat Senamrobik 1 Malaysia.Secara serentak!Memang seronoklah masa tu.Di SMK Sungai Damit pula,sekolah kami buat aktiviti ini serentak dengan Hari Pelanggan dan Keluarga.Lepas bersenam,pergi ke gerai-gerai yang ada.Kebanyakkannya pelajar yang buka gerai.Lepas puas membeli,ibu bapa pun diminta mengambil keputusan peperiksaan anak-anak mereka.Ada yang gembira,ada juga yang diberi ceramah.Maklumlah,ibu bapa kitakan ingin melihat anak mereka berjaya.Lepas ambil keputusan,tenangkanlah hati murid-murid ni dengan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan.Antara aktiviti yang ada ialah meneka jumlah kacang,sepak manggis,explores dan banyak lagi.Karaoke pun ada.Tapi setakat hiburan je...Harap tahun depan lebih meriah!!!
Gelagat guru dan pelajar mengikuti Senamrobik 1Malaysia...Seronok sangat!


Alamak...Keputusan peperiksaan dah nak diumumkan...Gementar ni...





Antara aktiviti yang diadakan ialah membuat gubahan buah...

Monday, 2 July 2012

Sukan Tahunan Sekolah

Pada 19 hingga 20 Jun 2012 yang lalu,sukan tahunan yang ke -16 telah diadakan bagi SMK Sungai Damit.Sukan ini berlangsung dengan jayanya.Antara rumah sukan yang akan bertanding ialah Rumah Merah,
Rumah Biru,Rumah Kuning dan Rumah Hijau.Nampaknya persaingan antara rumah-rumah sukan ini lebihsengit berbanding tahun lepas.Marilah kita bersama-sama menyaksikan gambar-gambar yang kami kongsikan di bawah ini.Lihatlah suasananya!









Inilah di antara acara yang diadakan dan terdapat ramai pelajar yang menyertainya.Namun,rumah sukan apakah yang bergelar juara tahun ini?Selama 3 hari sukan ini berlangsung.Setiap rumah sukan bertungkus-lumus mengumpul pingat-pingat mereka masing-masing.Akhirnya keputusan diumumkan.Pemenangnya ialah....Rumah Merah!Untuk pengetahuan para pembaca semua,Rumah Merah ini merupakan rumah sukan yang sering mendapat johan dalam sukan tahunan di sekolah ini berturut-turut.Naib johannya pula dimenangi oleh Rumah Kuning,tempat ketiga Rumah Hijau dan seterusnya pula Rumah Biru.Apa-apa pun kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Rumah Sukan Merah.Kepada rumah-rumah sukan yang lain,jangan berputus asa.Tahun depan masih ada!Kitakan 1murid 1sukan....
                       Masing-masing bertungkus- limus menghiaskan rumah sukan mereka...

Friday, 29 June 2012

Sejarah Sekolah

SMK Sungai Damit dilaksanakan sejak tahun 1983 yang diusahakan oleh Tuan Haji Sipil bin
Wakar,selaku guru besar SK Sungai Damit ketika itu.Antara faktor sekolah ini ditubuhkan adalah disebabkan sekolah menengah berhampiran tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah,jarak ke sekolah yang jauh,kos perbelanjaan yang tinggi dan sering berlaku pergaduhan di antara pelajar dari SK Sungai Damit dengan pelajar dari SMK Badin.
Pemohonan sekolah baru ini iaitu SMK Sungai Damit dari pihak PIBG sekolah kepada 
Jabatan Pelajaran Negeri oleh Tuan Haji Sipil bin Wakar.Sekolah ini terletak kira-kira 13 kilometer dari Pekan Tuaran dan 8 kilometer dari Pekan Tamparuli,Sabah.Sekolah ini mula beroperasi pada 22 Jun 1993 dengan bilangan pelajar Tingkatan 1 seramai 60 orang.Bangunannya terdiri daripada 2 buah konkrit dan seluas 4 ekar.Sehingga kini bilangan pelajarnya adalah 470 orang.